Kementerian Perladangan dan Komoditi Malaysia

Kementerian Perladangan dan Komoditi (Tulisan Jawi: كمنترين ڤرلاداڠن دان كومودتي) (KPK) merupakan sebuah kementerian di dalam kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab terhadap pembangunan industri komoditi utama negara tersebut iaitu minyak sawit, getah, kayu, koko, tembakau, kenaf, lada hitam dan sago. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, MPI disokong oleh enam badan berkanun dan lima majlis. Ia juga berfungsi merumuskan dasar-dasar dan strategi pembangunan untuk keseluruhan sektor perladangan dan komoditi serta menyelia agensi-agensi di bawahnya dengan menyelaras pelaksanaan program-program perladangan dan komoditi.

Kementerian Perladangan dan Komoditi Malaysia

Ibu pejabat No. 15, Level 6-13, Persiaran Perdana, Precinct 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62654 Putrajaya
Laman sesawang www.mpic.gov.my
Eksekutif Kerajaan
  • Ravi Muthayah, Ketua Setiausaha
Dibentuk 1972; 51 tahun yang lalu (1972)
Belanjawan tahunan MYR 938,420,700 (2018)
Menteri bertanggungjawab
Kakitangan 304 (2018)
Jenis Kerajaan